28 May 2014

CERPEN

                   K.A.W.A.N




Pantai yang cantik luas terbentang berteman kan ombak yang agak kuat serta angin sepoi sepoi bahasa sudah mencukup menenangkan si empunya diri yang melihat .Burung berkicaun di sana sini menceriakan suasana .Teriakan anak anak kecil kegembiraan bermain di tepi pantai dipandang sayu oleh nya .Entah kenapa terbit rasa sedih di hati nya melihat situasi seperti itu. Air mata yang sudah disimpan seperti nya ingin jatuh kembali. Kanak kanak yang berkejaran di persisiran pantai itu menyentuh minda nya dengan kisah lama. Kisah yang penuh kegembiraan dan kebahagian tetapi sekarang mungkin tinggal kenangan .Mungkin.


“ Fira.. Oh fira... Kalau irfan pergi jauh tinggalkan fira ,fira sedih tak?” 
“kenapa irfan cakap macam tu ? Kita kan dah janji nak habis kan sekolah sama sama..” suaranya bertukar sedih
“Hmm.. Irfan tanya je. Fira sedih tak?” soalan yang sama ditanya kembali.
“Sedih” sepatah dijawab olehnya

papp !

“Adoii... Aishh sakit nya!” Kepala nya seakan akan terhempap batu besar .Sakit gila ! Kenangan tadi? Hilang dari minda nya.
“Kakak.. sorry . Saya tak sengaja” muka rasa bersalah nya itu membuatkan Fira ingin ketawa. Kenapa lah budak ini comel sangat !
“Eh tak apa .Sikit je ni .Main elok elok tau. Nasib baik tak bocor kepala kakak ini” Fira cuba mengurangkan rasa bersalah budak comel itu dengan berjenaka.
“Heheh ..seronok sangat sampai tak perasan kakak ada kat sini” tersenyum sudah budak comel itu.
“Adik umur berapa ?”
“Darjah 6 .Okay lah kak ,nak pergi sambung main lagi. Bye”  senyuman yang sangat comel diberi kepada Fira .
“Bye..” Darjah 6? Hmm umur dimana sahabat baik aku pergi. Pergi tinggalkan aku sendirian .Aku dibiar tanpa diberi khabar. Rindu .Ya sangat rindu padanya .Fira kembali dengan kesedihan nya itu.

****

Esok adalah hari yang ditunggu tunggu .Hari yang sangat dia inginkan. Sudah sekian lama dia tinggalkan semua itu.Selama  13 tahun dia serta keluarga tinggalkan Malaysia. Selama itu juga lah dia tidak kembali kesana. Entah kenapa sebelum ini hati ini ingin sangat kembali ke Malaysia tetapi dia seakan akan terperangkap dengan masa nya sendiri. Ibu bapa nya juga sudah bersedia kembali ke Malaysia. Alhamdulilah, akhirnya lembut juga hati orang tua nya itu. Satu nama yang sudah sekian lama terpahat di hati dan mindanya itu juga adalah salah satu sebab dia ingin segera kembali ke Malaysia .Rindu pada nya .Sangat rindu .Selama 13 tahun aku pergi meniggalkan ikatan persahabatan itu dan adakah ianya akan kembali pulih seperti dulu .Adakah ianya manis seperti dulu dan adakah dia ingat pada sahabatnya ini .Mengenangkan semua itu membuatkan hati nya pedih .Pedih kerana terpaksa berbuat sebegitu tetapi semua itu bukan kehendak diri nya .Takdir yang menentukan semua itu .Dia sangat berharap tiba nya di Malaysia nanti , dia akan bertemu dengan orang yang sudah lama dia ingin bertemu .

“Sayang.. Are you ready?” 
“Ready ap ma?” soalan dibalas soalan.
“Esok lah. Kita kan dah nak balik Malaysia. So ,Irfan dah ready? Dah lama sangat kita tinggalkan Malaysia. Entah macam lah hidup kita nanti” Soalan terhadap anak sulong nya itu sebenarnya lebih kepada dirinya sendiri .Dia tidak tau sama ada hati ini sudah bersedia atau tidak untuk bertemu dengan orang orang di Malaysia.Belah bahagi rasanya .Separuh bersedia separuh lagi  takut.
“Mama.. Dah banyak kali mama tanya Irfan. Jawapan Irfan sama je ma, Irfan dah bersedia nak balik Malaysia . Irfan rindu dengan suasana dekat sana” lirih sahaja bunyinya .Dia tahu mama dengan papa nya masih berbelah bahagi untuk pulang ke Malaysia. Hanya dia dan adik adiknya sahaja yang tidak sabar pulang.
“Hmm..Mama pun..rin..du.. dengan Malaysia tapi kenapa lah mama rasa takut sangat nak balik sana”  Datin Azura meluahkan apa yang dia rasa anak terunanya itu.
“Dah lah ma..Irfan faham perasaan mama. Kalau Irfan yang alami sendiri pun mesti Irfan takut nak balik. Mama jangan fikir sangat tau. Esok kita dah nak balik.Mama pergi rest okay?” Kasihan sungguh dia melihat muka mama kesayangannya itu .Penuh kedukaan.


***

“Raja Syafira Alisa !!!!” Jeritan yang sangat menyeramkan itu telah mengejutkannya dari mimpi yang indah dan sangat indah. Kacau daun betul lah.
“Aihh.. siapa yang bising pagi pagi ini..” Fira masih tak buka mata .Hanya mulutnya sahaja yang bergerak
“Oh siapa yang bising yaa.. Anak dara apa ini ,bangun lambat.Tu haa matahari dah nak terbenam balik dah ,tak bangun bangun lagi .Bangun sekarang !!” lagi sekali jeritan itu bergema. Kalau lah suara boleh meruntuhkan bangunan mungkin dah runtuh rumah ini .Kuat dia tak boleh nak cakap lah.Boleh bernanah telinga yang mendengarnya.
Fira pantas bangun dan menyambar jam lonceng kesayangannya itu .Lahh baru pukul 7 ,terbenam apa nya.Esh mummy ni lah.
“Mummy..Apa ini .Baru pukul 7 lah. Fira nak tidur lah .Awal lagi. Pleaseee baby..??” Terkelip kelip matanya yang bundar itu. Meraih simpati pada bonda kesayangannya itu agar diberi masa itu sambung tidur nya. Rugi ini ,awal lagi .Buang masa sahaja bangun awal .Tak boleh ! Tak boleh ! Masa itu emas dan tidur itu pun emas hehehe...
“Ah tak ada makna nya.Mummy tak cair nya lah dengan rayuan kamu itu. Harini Fira ada meeting dengan client kan? Daddy bagitau mummy tadi. Client penting katanya.Jadi apa lagi ,bangun lah ! Pergi mandi sekarang !”
Oh my God ! Macam mana aku boleh lupa ini .Pukul 9 ada meeting dengan orang perancis ! Huarghh..
“Mummy !! kenapa tak cakap awal awal .Fira dah lambat ni” Kelam kelabut Fira ke bilik mandi sambil mengomel sendirian akan kelewatannya itu
“Aik mummy pulak yang kena.. Eshh budak bertuah” Itu baru menghadap kerenah anak yang keduanya itu .Belum lagi anak anak nya yang lain.

***
Datuk Raja Afzan dan Datin Raja Azila beristiharat di laman rumah bertemankan air terjun buatan yang sangat menarik.
“Jemput minum, datuk dan datin” Sedulang air kopi dan goreng pisang dihidangkan oleh Mak Jah,pembantu yang sudah lama berkhidmat di rumah mereka itu.
“Terima kasih Mak Jah “
Mereka menikmati minum petang sambil berbual dan bergurau senda. Hanya waktu petang sebegini sahaja lah dia dapat luangkan waktu bersama suami tersayang. Ini kerana kadang kala suaminya yang sangat sibuk itu tidak dapat meluangkan masa bersama .
“Zila ,semalam Azman ada telefon abang ,katanya esok dia dan keluarganya balik ke Malaysia.Dah lama sangat diorang tinggalkan Malaysia,akhirnya balik juga. Rindu benar abang pada mereka.” Kata kata suaminya itu membuatkan dia bingung sementara. Azman mana ya?
“Azman mana pulak ni? Kawan abang yang mana satu?” Pertanyaan isteri kesayangannya itu membuatkan dia tergelak .Apa sudah pelupa kah isterinya itu.
“Esh tak kan awak dah lupa jiran lama kita dulu tu? Datuk Azman dan Datin Azura, tak kan awak dah tak ingat”
“Oh yaa.. Saya baru ingat jiran lama kita masa dekat Shah Alam tu kan? Ya Allah.. saya betul betul lupa. Yelah,dah lama sangat tak jumpa.Anak anak kita pun dah besar panjang.Lama benar mereka duduk di sana ya bang.”
“Mungkin diorang dah rasa ,masa nya untuk berhijrah kembali ke tanah air” kata kata suaminya itu hanya disambut dengan anggukan.

Perbualan mereka terhenti seketika apabila kereta Porsche boxster berwarna hitam memasuki ruang kediaman mereka. Siapa lagi kalau bukan anak sulung kesayangan mereka yang baru pulang dari kerja. Raja Syakir Aliff yang masih kemas dengan kot kerjanya itu tersenyum melihat mummy dan daddy kesayangannya itu, lantas dia segera kearah mereka.
“Assalamualaikum mummy ,daddy”
“Walaikumusalam” jawab mereka serentak.
“Office okay?” pertanyaan pertama yang keluar dari mulut daddy nya itu membuat kan dia tersenyum.Aih ,daddy ni baru sehari tak masuk office dah tak keruan. Risau benar keadaan office nya itu.
“Everything okay dad. Jangan  lah risau. Selagi ada syakir dengan syafira dekat office itu,insyaAllah semua okay” tenang rasanya setelah mendengar kata kata anak sulungnya itu. Tak sia sia dia memberi peluang anak anaknya teraju perniagaannya itu.
“Entah abang ini. Tak payah fikir sangat pasal office itu. Anak anak kita dah besar,pandai lah mereka uruskan.Abang fikir kesihatan abang itu je” tersenyum Datuk Raja Afzan mendengar kata kata isteri tercintanya itu.
“Daddy ,mummy Syakir naik atas dulu tau. Nak mandi”
“Baiklah”

***
“Wahh cantik nya !” itu lah perkataan pertama yang keluar dari mulut Ilyana Atirah. Tak sangka Malaysia begitu indah dan cantik. Ini baru tengok airport belum tengok tempat lain.Kenapa lah mama dan papa sanggup duduk London ,sedangkan negara sendiri cantik macam ini.
“Hai yana ,kalau ya pun  teruja tak payah lah buat aksi macam itu.Nampak sangat excited nya itu.” Esh kacau lah ,baru nak ambik feel  suasana Malaysia.
“Along ni sibuk lah .Yana first time tau tak jejak  Malaysia ini, biar lah nak drama sikit. Tak macam along dengan angah yang dah pernah merasa suasana macam ini.”
“Aik angah pulak yang kena .” Tak pasal aku yang dilibatkan nya. Esh budak ni.
“Teruskan lah drama itu Yana . Hah Irsyad tak nak join Yana buat drama ke?” Kata kata Along nya itu membuatkan dia tergelak.
“Tak nak lah along .Irsyad bukan kaki drama macam  Yana” semua tergelak mendengarnya kecuali Ilyana Atirah. Bengang mungkin mendengar sindiran adik kembarnya itu.
“Dah dah jangan gaduh. Jum kita gerak .Kang lambat pulak sampai rumah baru kita itu” Datuk Azman segera meleraikan keletah anak anak kesayangannya itu tetapi sebenarnya dia lega,anak anak nya tidak membantah langsung untuk terus berpindah ke Malaysia.

Mereka segera mendapatkan teksi yang ada dan terus bergerak ke Mont Kiara. Tempat tinggal baru mereka setelah 13 tahun tinggalkan Malaysia .Sebenarnya rumah itu sudah lama dibelinya dengan bantuan sahabat baik dan juga jiran lama nya sewaktu di Shah Alam.Selama 2 tahun rumah itu dibeli di serahkan pada pembantu untuk dijaga. Rumah di Shah Alam itu pula di sewa kan pada anak saudaranya yang sangat rapat tetapi hal itu dirahsiakan dari pengetahuan anak anak nya.

‘KIARA HILLS’

“Papa ini ke tempat tinggal kita?” pertanyaan anak keduanya itu membawa dia ke alam realiti. Tak sangka dah sampai .Alhamdulilah.
“Yes. Welcome to Kiara Hills everyone” tersenyum dia melihat wajah kegembiraan anak anaknya itu.
“Bila papa beli rumah ini? Tak bagitau Along pun.” Soal Irfan Ameer
“Maafkan papa. Papa dengan mama nak buat surprise kat anak anak papa.Dah nama pun surprise kan mana boleh bagitau . Along tak suka ke rumah ini?” pertanyaan akhir papa nya itu membuatkan dia cepat mengelengkan kepala .
“Tak lah pa.. Along suka cuma terkejut. Tak sangka papa dah sediakan semua ini” Irfan rasa gembira walaupun papa dan mama tak bersedia nak balik Malaysia tetapi mereka dah menyediakan tempat tinggal secantik ini.
“Cantiknya papa rumah ini. Angah suka lah.” Anak kedua nya pula memberi respon positif.
“Alhamdulilah anak anak papa suka.Esok papa ada lagi surprise nak bagi.Get ready okay?
Masing masing teruja setelah mendengarnya.Tak sangka papa dengan mama yang agak keberatan nak pulang ke Malaysia sudah menyediakan pelbagai  kejutan.

“Kejutan apa pulak pa?” Anak bongsunya itu kelihatan sudah tidak sabar dengan kejutan yang bakal papa dan mamanya berikan.
“Irsyad tunggu je lah. Esok irsyad tau juga” Datin Azura tau anak bongsunya itu sangat gembira.Maklum lah tak pernah jejak Malaysia.

***
“Terima kasih Cik Fira belanja kitaorang .Harap esok esok belanja lah lagi” Seloroh Aman iaitu salah satu arkitek di office daddy nya.
“Amboi  Aman ! Dah bagi betis nak peha. Esok esok awak pulak belanja kitaorang.” Kata kata nya itu dapat sokongan dari setiausaha nya Aniza dan Haris.Sejak pertama kali Raja Syafira Alisa masuk ke pejabat daddy nya dia sudah rapat dengan mereka bertiga hingga lah sekarang.Mereka tidak sombong dan sangat gila gila otak nya ,itu sebab dia tidak kisah melepak bersama. Baginya tidak ada perbezaan antara orang atas dan bawah.Sama je semua.

“Saya dengan Haris balik office dulu lah.Cik Fira bos ,tak apa lah kalau lambat pun” Aman meminta diri untuk pulang ke office.Lagi pun dia belum solat zohor lagi,takut lambat pulak.
“Saya pun bukan nya bos lah. Tu ha daddy saya yang bos.Saya tak boleh masuk lambat juga,kang mengamuk daddy kesayangan saya itu” Tergelak mereka mendengar nya.

Raja Syafira Alisa yang dikenali peramah dan ceria itu amat disayangi oleh semua pekerja Datuk Raja Afzan. Tidak cukup dengan itu, Raja Syafira Alisa juga mempunyai wajah yang cukup cantik persis kacukan inggeris dan tinggi lampai seperti model. Sesiapa yang melihat nya pasti terliur.Dia juga tidak pernah sombong walaupun keluarganya berharta .

“Aniza, awak nak balik dengan saya atau diorang?” Tanya fira kepada setiausaha nya yang kecil molek itu.Sementara Aman dan Haris tak gerak lagi ini .Mana lah tau setiausaha nya mahu pulang cepat. Harini dia ‘cuti’ solat so tidak mengapa lah dia masuk office lambat sikit.
“Err.. dengan Cik Fira lah” segan lah nak menumpang dua jejaka yang agak kacak itu.Walaupun mereka kawan nya tetapi perasaan segan itu masih ada.Setelah mendengar jawapan dari Aniza,dengan segera lelaki berdua itu gerak pulang ke pejabat.
“Okay lah kalau macam itu.Hari ini saya ‘cuti’ solat tu yang malas nak masuk awal. Eh awak tak solat?”
“Saya pun sama Cik Fira”

Mereka berbual kembali sambil menyedut air yang masih tinggal sedikit lagi. Ada masa dua puluh minit untuk masuk ke pejabat. Tengah mereka berbual ,Fira terkejut dengan apa yang dilihat oleh matanya itu .Dia seperti tidak percaya. Apakah benar yang dilihat nya itu.Keluarga itu sangat dia kenal.Tapi tak mungkin mereka ada di sini. Lagi pula ada urusan apa sehingga ke Malaysia.Apa mungkin yang tinggi seperti model itu adalah Irfan Ameer? Kalau benar itu dia ,lain benar rupanya.Semakin kacak dan sasa. Arghh apa aku ini? Tak mungkin itu dia. Tak mungkin!

“Cik Fira ! Oh Cik Fira !” Aih Bos aku ini ,berangan lah pulak. Tak kan dia terpikat dengan mamat yang baru masuk itu.
“Cikkk Firaaa !!!” okay aku tau kali ini mesti bos aku terkejut gila.
“ Hah ! Apa ! Apa ! Ada apa awak jerit – jerit ni??” Kelam kabut Fira bangun.
“Hey hey Cik Fira nak pergi mana ni? Calm down ! Saya panggil Cik Fira dari tadi tapi Cik Fira berangan pulak .Maafkan saya, Cik Fira.” Aduhai rasa menyesal pulak jerit macam tu.Tak pasal gabra dah bos aku ni. Aih menyesal pulak buat macam tu tapi siapa suruh berangan kan heheh..
“Eshhh.. awak ni lah .Saya ingat ada apa lah tadi. Jerit- jerit macam saya pekak pulak kan.Awak memang suka kan tengok saya gelabah” sindiran Raja Syafira Alisa membuatkan setiausaha nya rasa bersalah.
“Sorry Cik Fira.”
“It’s okay lah.Jum balik. Dah pukul 2 pun, kang bos besar kat pejabat tu marah pulak” Raja Syafira Alisa dengan segera bangun meniggalkan setiausaha nya yang masih belum bangun.Nasib lah dah bayar tadi.
Aniza lantas bangun mengejar langkah bos nya itu. Aih laju nya jalan.Marah sangat ke aku buat dia terkejut.

***

Kesunyian rumah banglo dua tingkat milik Datuk Raja Afzan waktu petang ini membuatkan dia tertanya- tanya. Mana pula pergi semua orang ini.Selalu nya petang macam ni mummy dengan daddy dah ada kat laman rumah.Abang mesti lah belum balik lagi. Dua orang adiknya itu pun jarang keluar petang. Aku balik kerja ,penat ni tak kan tak ada orang nak sambut. Sedih ah .

“Mak Jah ! Mak Jah !” Hai tak kan Mak Jah pun nak hilang juga.
“Hah ! Fira dah balik?” Soalan apa ni.
“Eh belum lagi lah. Ni bukan Fira.Ni Fara. Ni Mak Jah kan?” Sengaja dia mengusik pembantu kesayangannya itu.
“Esh kamu ni Fira. Tak habis nak kenakan Mak Jah”
“Sorry lah .Dah Mak Jah pun tanya soalan macam tu. Ni ha mana semua orang?”
“Mummy dengan Daddy Fira keluar ,ada hal kata nya.Syamil ada kelas petang,tak balik lagi. Syahira pula keluar dengan kawan. Si abang fira tu pula..”
“Tak balik kerja lagi !” kata mereka serentak .Tergelak kedua duanya.
“Abang tu ,Fira tau lah.Tadi Fira suruh balik ,dia kata ada kerja lagi.” Terang Raja Syafira Alisa.
“Fira pergi lah naik atas mandi. Mak Jah nak sambung masak”
“Baiklah !” cubitan manja di hadiahkan pada Mak Jah. Tergelak orang tua itu. Antara abang dan adik nya dia paling rapat dengan Mak Jah. Yelah,dari kecil sampai sekarang dia bersama Mak Jah.Mak Jah masih setia berkhidmat dengan kami sekeluarga.

“Assalamualaikum !”
“Walaikumusalam Syakir” tersenyum Mak Jah melihat anak majikan nya itu.Nampak penat sangat.
“Mana semua orang? Kereta Fira je ada kat depan tu” lagi sekali pertanyaan yang sama dan lagi sekali juga lah jawapan yang sama di beri.
“Okay lah .Syakir naik atas dulu.” Mak Jah hanya mengangguk.

Walaupun hari ini ada lah hari yang sangat memenatkan buat Raja Syakir Aliff tetapi memandangkan esok hari besar buat keluarganya dia ketepikan rasa itu.Esok adalah hari yang penting bagi keluarga Datuk Raja Afzan. Esok juga ada satu kejutan yang bakal membuatkan adik nya Raja Syafira Alisa tersenyum gembira dan adik adiknya lain tapi dia yakin kejutan ini akan membuatkan Raja Syafira Alisa kembali gembira dan dia akan pastikan dengan kejutan ini Raja Syafira Alisa tidak lagi memikirkan hal yang satu itu. Tidak sabar rasanya ingin melihat reaksi adik nya itu. Malam ini dia ada rancangan untuk esok tetapi bukan nya hal kejutan itu. Ini adalah rancangan untuk hari penting keluarganya.

Setelah selesai mandi dan bersiap Raja Syakir Aliff segera kebilik adiknya. Dia ingin meberitahu akan rancangannya malam ini. Dia pasti adiknya sekarang ini sedang berenak enak di atas katil.

“Fira ! Oh Fira. Buka lah pintu ni sekejap. Abang ada hal nak beritahu ni” Suara yang amat sangat dikenali sudah mula memasuki cuping telinga. Eshh kacau lah.Nak apa lah abangnya ini.Pantang Nampak orang senang sikit ,mula lah nak menyibuk. Macam lah tak boleh jumpa nanti.

“Abang! Nak apa ni? Tak reti penat ke? Beritahu nanti je lah. Fira nak rest ni” Fira sambung kembali baringnya yang terganggu tadi.Baru nak layan mimpi ..
“Hey ! Bangun !! Tahan lah ngantuk tu sekejap. Lagi pun dah nak magrib ni,tak baik tidur. Jadi gila nanti” Sempat lagi Raja Syakir Aliff memberi sedikit nasihat. Macam lah dia seorang je penat.
“Abang kata bangun, bangun lah. Abang nak bincang pasal esok ni”
“Okay ! Okay ! Fira dengar. Bincang apa benda?”  Fira sudah mula menghadap abangnya. Penting sangat kah benda nak dibincangnya ini sampaikan dia tak boleh nak rehat.
“Aik Fira lupa ke esok hari apa?” Eh eh aku tanya dia ,dia tanya aku balik. Nasib lah kau abang aku.
“Hm esok hari Jumaat bang .Apa kena mengena esok? Ada apa yang penting ke?” Soalan Fira membuatkan Raja Syakir Aliff rasa nak hentuk kepala adik nya itu ke dinding.
“Raja Syafira Alisa ! Teringin nak makan dinding? Takkan lah benda penting dalam keluarga kita pun tak ingat? Apa yang Fira ingat hah? “ Relaks lah .Tu pun nak marah, apa lah abang aku ni. Emosi terlebih .Kejap kejap .Aku nak ingat ni. Esok hari jumaat .Hari jumaat berapa hari bulan? 30 hm yes 30 May. Hah ! 30 May !!! Okay okay dah ingat .Patut lah abang marah heheh
“Apa sengih sengih hah? Abang tengah cakap ni sempat lagi berangan.” Eh dia nampak aku sengih ke?
“Alaa abang ini, Fira minta maaf lah. Fira dah ingat. Esok 30 May hari Jumaat ,hari penting for our family ,birthday mummy kan? Fira tak lupa lah cuma hilang ingatan sekejap” Fira cuba menenangkan abang kesayangan nya itu .Fira tau abangnya bukan lah marah sangat pun cuma dia ,Cuma apa eh? Hah ! cuma dia sentap kot aku lupa birthday mummy tapi bukan sengaja pun.
“Banyak lah hilang ingatan .Okay ,now abang nak bincang pasal surprise esok. Malam ni,abang nak Fira teman abang pergi KLCC cari hadiah. Syamil dengan daddy akan uruskan persiapan esok and Syahira akan uruskan mummy. Abang nak pastikan esok adalah surprise yang the best dari kita semua. So Fira ada idea baru tak?” Wahh ! Abang dah fikirkan semua ni .Aku ni ha tak fikir apa lagi.Apa punya anak lah kan.
“Fira rasa dah okay semua tu. Kita buat malam lah kan?”
“Yes ! Ofcourse malam. Cuma petang itu Fira balik lah awal sikit tolong daddy dengan Syamil.”
“Yang tu ,abang tak payah beritahu pun Fira akan buat.Tak kan lah Fira tak nak tolong pulak kan” Raja Syakir Aliff mengusap lembut kepala adik nya.Dia tau cuma saja nak menguji.
“Abang tau adik abang ni boleh harap .Lepas magrib kita keluar  tau .”
“Yaa ,Fira ingat. Kita buat tema apa bang?” Walaupun birthday mummy tapi tema tu mesti lah kena ada .Jangan ingat orang tua punya birthday tak ada tema.
“Esok tema muslimah. Abang lupa nak beritahu esok kita ada doa selamat sekali.”
“Wahh tema muslimah .Doa selamat ? Bagus lah macam tu .Daddy uruskan juga ke?”
“Pasal doa selamat tu abang jemput orang masjid je.Okay lah,abang nak turun bawah. Daddy dah balik rasanya itu.Ingat lepas magrib keluar.Jangan nak tidur !” Esh sempat lagi tu nak membebel.
“Yelah ! Fira ingat lah”

*** 

Hari ini hari Jumaat .Hari yang sangat di nantikan kami sekeluarga.Hari besar buat kami semua. Semua kenalan mummy, daddy ,abang ,dua orang adik aku tu dah dijemput untuk hadir malam ini.Tak lupa juga kawan aku,walaupun kawan aku tak lah banyak sangat. Irfan Ameer.. hmm kenapa tiba tiba teringat kat dia ni.Tak mungkin lah dia nak balik Malaysia dan jumpa sahabatnya ini.Okay! tak nak fikir pasal dia. Kang tak pasal air mata ni jatuh.Balik pada cerita tadi, mummy masih tak tau ada surprise untuk dia malam ini. Pagi tadi kitaorang semua pura- pura tak tau harini birthday dia. Konon lupa lah. Tadi daddy telefon katanya adik aku si Syahira tu balik je sekolah dia ajak mummy shopping .Adik aku itu kalau shopping confirm sampai malam ,lagi lah senang nak bagi surprise macam tu .Nasib lah mummy ikut kan je.Daddy dengan Syamil dah set semuanya kat rumah,oh ya Si Syamil tu tak ada class petang ,senang lah dia nak uruskan semuanya. Aku on the way balik nak tolong apa yang patut .Abang kesayangan aku tu pula dah lama balik.

“Assalamualaikum !” Dah ramai nampak nya.Adik beradik mummy dan daddy dah sampai untuk menolong. Sepupu aku pun turun padang sekali tolong.Nampak tak betapa eratnya kekeluargaan kami hehehe. Hakikat nya tak ada apa sangat pun nak di tolong nya.Semua nya dah diuruskan oleh birthday planner.Makanan pun catering yang uruskan.

“Ai Fira baru balik ? Banyak ke kerja kat office?” pertanyaan dari Mak ngah kesayangan. Alahai mak ngah ni. Ni pun dah kira cepat tau aku balik.
“Banyak lah juga. Fira naik atas sekejap ,nanti Fira turun.” Semasa naik keatas aku terserempak dengan Raja Syakir Aliff

“Abang ! Macam mana ? Semua okay?”
“Everything okay .Dah settle .Sekarang ni kita tinggal tunggu mummy je.Lepas magrib kita ada doa selamat tau.” Beritahu Raja Syakir Aliff . Aih tak sabar rasanya. Hari ni dia akan pasti dua orang kesayangannya itu gembira .Mummy dan Fira .Saat yang Fira tunggu semakin tiba .
“Abang, Fira masuk bilik dulu .Sekejap lagi Fira turun”
“Okay .Cepat sikit!”




Jam dah menunjukkan pukul  6.30 .Kemeriahan sudah jelas terasa, walaupun hanya sepupu sepupu aku.Belum lagi tetamu yang lain hadir. Sekejap lagi mummy dengan Syahira balik. Masa itu lah kami semua kan beri kejutan pada mummy. Tak sabar nak tengok reaksi mummy. Kitaorang semua dah siap berpakain mengikut tema. Semua yang ada ini dah siap berjubah. Aku ,daddy ,abang dan Syamil pakai sedondon ,warna hijau .Jangan tak tau baju ini semua khas untuk birthday party ni tau. Sekarang ni kami semua tengah tunggu mummy je.

Kereta BMW mummy dah memasuki perkarangan rumah. Dah tiba masa nya untuk buat mummy nangis kegembiraan dengan surprise ini.Tapi ini baru separuh belum full surprise lagi. Nak tau? Tunggu lah sekejap.Semua yang dalam rumah menyorok dan lampu sudah pun dipadamkan dari tadi lagi. Khemah depan rumah itu pun kami sengaja tidak letak betul betul depan rumah biar mummy tak perasan sangat. Oh yaa ,khemah tu pun dah digelap kan. See? Betapa nak surprise nya

“Eh ,Syahira kenapa rumah kita gelap je ini.Dah tu ada khemah pulak tepi rumah kita ini.Siapa yang nak khawin ni.Nak magrib ini, tak kan semua tak balik lagi.” Datin Raja Azila dah mula risau. Dari luar sampai ke dalam rumah gelapnya. Apa yang berlaku ini.

Raja Syahira Amira dah mula simpan tawanya. Risau sangat mummy ni.Chill mummy chill.

“Entah lah mummy. Tak kan Mak Jah pun tak ada kat rumah” Syahira pura pura risau
“Mana lah semua ni .Abang ! Fira ! Syamil ! Syakir!” Hah kauu ,semuanya diseru .Risau sangat dah tu.
“Jum lah mummy masuk .Diorang lupa buka lampu lah tu .Jumm” ajak Syahira .Dah lah tu rasa nya bagi mummy risau .
“Assalamualaikum !” kuat Datin Raja Azila beri salam

“SURPRISE !!!” Papp dengan itu lampu semua terbuka dan dihadapannya kini ramai sanak saudara. Eh masa bila pula syahira dah ada dengan diorang .

“Happy Birthday Mummy !” serentak semua nya sekali dan dengan itu jatuh lah air mata mummy nya.Bukan sedih tapi terharu .Tak sangka anak anak dan suaminya akan beri kejutan seperti ini.

“Hey mummy jangan lah nangis!” pujuk anak sulung nya itu .Anak- anak nya yang lain sudah berpelukan dengan mummy tercinta.
“Nakal nya anak- anak mummy ni ,lagi lagi si Syahira ni .Pandai eh tipu mummy bawa mummy pergi shopping bagai. Daddy pun kemain lagi" Tergelak semuanya mendengar kata- kata mummy.
“Daddy nak mummy happy lah” kata Datuk Raja Afzan kepada isterinya.Aww romantik heheh
“Mummy ,ni bukan nakal lah .Kitaorang buat semua ini sebab sayang mummy .Daddy pun sayang mummy. Tapi kan mummy ,ni belum full surprise tauu .Lepas magrib ada surprise menanti mummy!” jelas Raja Syafira Alisa. Kan betul dugaan nya .Mummy akan nangis. Alahai comel je.
“Hah ? Ada lagi ?” Banyak nya surprise diorang ni
“Yes mummy .Now ,mummy dengan syahira naik atas .Pakai baju macam kitaorang ni.Cepat siap tau!” Raja Syamil Aizat memberi arahan
“Syahira naik dulu tauu”  Raja Syahira Amira dah pun meminta diri .
“Kalau macam itu mummy pun naik lah dulu. Tak sabar mummy nak tengok surprise apa pula lepas ni” pecah tawa masing masing mendengar kata kata mummy.




Sementara menunggu mummy dan Syahira siap .Aku dengan abang pantau keadaan kat luar .Eceh pantau konon .Tengok apa yang tak siap lagi.Sekejap lagi dah nak masuk magrib lepas tu orang masjid datang.

“Fira..” panggil Raja Syakir Aliff lembut.
“Yes abang. Why?” soalku
“Sekejap lagi bukan mummy je dapat surprise tau.” Hah? Bukan mummy je makna nya ada lagi lah kan .Siapa pulak hmm
“Then? Abang bagi surprise kat siapa lagi ?”
“Dekat adik abang lah.” Raja Syakir Aliff tersenyum senang .Sekejap lagi mungkin surprise tu akan tiba.
“Adik abang ramai lah, yang mana satu ni? Cuba straight to the point” Aih abang aku ni lah.
“Esh budak ni. Asal lambat tangkap sangat ni? Erghh ! Surprise for Fira lah .Abang yakin sangat surprise ni akan buat fira bertambah sayang kat abang” Tergelak Syakir menutur kan ayat akhir itu.Ceh sempat lagi tu perasan.
“What? Apa abang merepek .Surprise untuk apa pulak.Ni kan birthday mummy.” Pelik lah abang ni.
“Tunggu je lah.” Selepas menutur kan ayat tu Syakir berlalu pergi.
“Hey ! Abanggg..” Hampeh lah dia ni. Tak habis lagi bersoal jawab ni. Ayoo surprise ap pulak ni.Entah entah nak kena kan aku .Bukan betul sangat pun dia tu .

Azan magrib dah pun berkumandang .Kami semua solat magrib bersama.Jarang dapat solat jemaah bersama macam ini .Maksud nya dengan adik beradik mummy dan daddy.Selalu nya masa raya je lah dapat macam ini.Setelah solat magrib berjemaah , orang masjid sudah mula datang .Begitu juga kenalan mummy dan daddy .Kawan –kawan abang dan dua orang adik aku tu pun dah memenuhi ruang rumah. Sekali lagi ,mummy terkejut dengan kehadiran kawan – kawannya.Mummy sudah tersenyum gembira, dia dah duga ini lah surprise yang kami cakap kan tadi. Khemah yang kat luar itu pun dah kembali meriah. Sengaja kami semua buka lambat sikit lampu khemah itu. Mummy terkejut melihat nya. Mummy tak sangka ,ini semua kerja kami. Kejutan tadi sudah berakhir ,kini kami semua berkumpul membaca doa selamat dan bacaan yassin bersama jemaah masjid .Meriah.

“Assalamualaikum semua. Terima kasih semua sudi datang ke rumah saya hari ini untuk sama –sama memeriahkan bacaan doa selamat dan majlis hari jadi isteri saya dan terima kasih juga pada jemaah masjid sudi datang. Selain itu ,kami juga buat doa selamat sempena kepulangan teman baik saya yang dah lama berhijrah ke London dan sekarang ni dah selamat pulang ke tanah air.Saya rasa cukup lah saya membebel ni..” tawa masing masing pecah . “.. Jemput semua para jemaah ,sahabat dan yang ada kat sini makan di khemah yang kami sedia kan.” Selesai sahaja ucapan ringkas dari Datuk Raja Afzan itu masing masing keluar ke khemah.



Eh kejap .Tadi kan daddy ada cakap sempena kawan baik dia pulang ke tanah air.Siapa hah? Irfan Ameer !! Esh tak ! tak mungkin .Dah kenapa dengan otak aku ini asyik fikir dia je.Tak kan uncle Azman dah balik Malaysia.Kawan daddy ramai lah,tak mungkin dia. Siapa ya? Daddy tak bagitau pun kat aku pun pasal kawan dia tu .

“Kak Fira ! Termenung apa lagi ini? Jum lah pergi dapur.Sekejap lagi kita kan nak bagi surprise kat mummy lagi.” Ajakkan Raja Syahira Amira itu membuatkan dia berhenti berfikir hal itu.
“Syahira tau tak pasal daddy cakap tadi?”
“Pasal apa kak? Pasal kawan daddy tu ke?” soalan dibalas soalan nampak nya ,tapi soalan tu dah kena dah dengan apa yang aku nak tau.
“Yelah ,pasal kawan daddy tu .Daddy tak cerita pun yang doa selamat ini untuk kawan daddy itu sekali. Kakak cuma nak tau je.” Mana lah tau uncle Azman ke .See? Ingat kat dia lagi .Arrghh
“Oh pasal itu ,Syahira pun tak tau tapi Daddy cakap sekejap lagi family dia datang. Jum lah kak,prepare kek untuk mummy. Abang Syakir dengan abang Syamil dah tunggu tu” Tangan kakak nya terus ditarik .

Abang dan adik lelaki nya dah pun berada di dapur ,sudah pasti tengah menunggu aku dengan Syahira. Kek chesse coklat tiga tingkat itu sudah tersergam indah di atas meja. Sekejap lagi nak bawa keluar .Mummy dan daddy dah ada kat luar mungkin sedang melayan tetamu.

“Ni apa yang lambat sangat ini?” Suara garau milik adik lelakinya sudah keluar.
“Kak Fira ni lah. Sempat lagi termenung fikirkan pasal kawan daddy itu” jawab adik bongsunya.
Amboi kemain kau kan dik.
“Eshh kakak bukan termenung lah cuma fikir .Siapakah gerangan kawan daddy itu heheh”
“Tak payah nak gerangan sangat. Meh letak lilin atas kek.” Arahan dari ketua dah keluar. Siapa lagi kalau bukan abang aku itu.
“Abang ! Surprise apa yang abang cakap tadi tu?” lagi sekali soalan itu dilontarkan .'Sabar lah wahai adikku !’
“Surprise tu dah ada kat luar .Dah ,jom adik adik abang yang tersayang kita keluar .Abang dengan Syamil bawa kek .Korang dua menyanyi okay !!”  Raja Syakir Aliff dah pun memegang kek.Sudah bersedia untuk membuat kan mummy nya tersenyum sekali lagi.
“Suara kitaorang tak ada lah sedap tapi kalau jiran dengar mau nya jadi artis .Tak gitu kak Fira?” gurau Raja Syahira Amira
“Of course darling ! lagi lagi suara kakak ni.” Alang alang angkat lah bakul sendiri
“Dah mula dah perasan .Kakak stop lah angkat bakul sendiri and you too Syahira.” Nampak nya Raja Syamil Aizat cemburu dengan kebenaran suara kitaorang sedap hahaha

Kelihatan sudah penuh khemah makan itu. Semakin ramai tetamu yang datang.Tak sabar lah nak tau surprise apa lah yang abang sorok kan eh.

“HAPPY BIRTHDAY TO YOU ! HAPPY BIRTHDAY TO YOU ! HAPPY BIRTHDAY MUMMY. WE LOVE YOU MUMMY” 

Selesai sahaja kami semua nyanyi bunyi tepukan dari tetamu .Mummy apa lagi tak lain tak bukan nangis lah .Terharu sangat !

“Thank you sayang . I love all of you too. Come hugs me!” Datin Raja Azila terharu sangat dari petang tadi pelbagai kejutan dia dapat.
“Okay mummy ! Jum potong kek .Tu haa kawan kawan mummy nak makan juga kek ni” kata Raja Syamil Aizat.
Datin Raja Azila segera memotong kek dan disuapkan kepada keempat empat anaknya dan tak lupa juga pada suami tercinta. Tetamu lain bersorak kegembiraan.

“Jemput makan kek semua ! Jangan malu malu” arah Datuk Raja Afzan.
“Fira.. Come ikut abang. Abang nak bagi tunjuk surprise” Nampak nya kejutan sudah semakin tiba.
“Mummy ,Syamil dan Syahira jum” eh kenapa diorang pun ikut? Daddy pun join juga. Err surprise apa ni .

Kelihatan satu keluarga sedang menikmati makanan .Eh macam kenal lah uncle itu.Familiar je muka dia .Siapakah?

“Fira ,kenal lagi tak siapa ini ? Kalau Syahira dan Syamil confirm lah tak kenal” pertanyaan daddy aku jawab dengan gelenggan .Siapa diorang ini??
“Lahh ,tak kan Fira tak kenal . Ni kan Uncle Azman dengan Aunty Azura jiran masa kita tinggal kat Shah Alam itu .Now, diorang dah menetap kat sini semula. Syamil dengan Syahira tak ada lagi masa itu, tu yang tak kenal” penerangan mummy membuatkan aku terdiam tersentak terkaku argh semua ter lah .Makna nya Irfan Ameer ada kat sini juga lah kan. Aish aku ini ,tak habis dengan Irfan Ameer.

“Fira tak ingat ke?” lagi sekali pertanyaan yang sama Cuma kali ini keluar dari mulut Aunty Azura.
“Err ..hm mesti lah ingat .Tak kan lah Fira boleh lupa pula kan.” Lagi lagi dekat kawan aku tu. Aku tak pernah lupa pun.
“Salam lah .Esh budak ini” arahan mummy aku turuti . Alahai malu lah pulak tapi kan siapa yang dua orang ni eh?  Irfan dengan Izreen ni aku kenal lah.
“Yang dua orang kecil ni anak aunty .Diorang ni kembar ,Ilyana Atirah dan Irsyad . Irfan dengan Izreen ,Fira mesti lah kenal kan?” Macam tau je yang aku nak tau siapa budak diorang ini.
“Hai.” tu je yang mampu aku tutur kan .Sebenar nya aku masih dalam terkejut lagi dan segan. Kenapa? hmm sebab dari tadi aku perasan mata Irfan Ameer merenung aku tapi pandangan dia sangat redup seolah olah ingin menyatakan sesuatu.


Raja Syakir Aliff segera menarik tangan adik nya. Dia ingin memberitahu sesuatu.
“Fira ! ini lah kejutan yang abang nak bagi. Sebenar nya ,Fira seorang je yang tak jumpa family uncle Azman lagi .Mummy ,Syamil dan Syahira dah jumpa pun tadi. Abang tau Fira nak sangat jumpa Irfan Ameer kan? Tu yang abang rasa masa ini je lah yang ada untuk abang temu kan korang berdua.” Penjelasan Raja Syakir Aliff membuatkan aku terkedu .Rupanya ini lah kejutan yang abang aku sibuk sorokkan. Masa bila lah diorang semua ini jumpa dan aku je yang tak jumpa lagi. Pandai betul diorang ini kena kan aku .Tapi apa pun aku terharu dan gembira !

“Thanks abang ! Thank you so much. Fira tak sangka dapat jumpa diorang lagi terutama..”
“Irfan kan?” tak sempat nak sebut abang aku dah sambung .Esh dia ni..
“Yes.” Segan nak mengaku tapi hakikat nya benar belaka.
“Dah ,pergi sana jumpa Irfan .Tanya khabar dia okay?”
“Hm okay abang” Raja Syakir Aliff segera berlalu .Mungkin dia nak layan kawan kawan dia yang sedang enak menjamu selera.

Tak sempat nak gerak, tiba tiba..

“Hai Fira” Suara itu .Walaupun suara nya berbeza dengan dulu tetapi aku masih kenal. Ya Allah! Dah kenapa berdebar pulak dah .Chill Fira .Kawan baik kau je pun.
“Err ..Hai” balasku pendek. Nak pandang muka dia segan lah pulak .Eh kejap makna nya dia lah yang aku nampak masa kat restaurant hari tu .Hm handsome heheh
“Fira sihat?”
“Alhamdulilah .Macam yang Irfan nampak lah, Fira sihat je. Irfan macam mana ?” nampak  nya perasaan debar dah kurang .Huh !
“Irfan pun sihat .Fira tak nak duduk ke? Tak kan nak berborak sambil berdiri pula” kedengaran dia ketawa halus .
Eh ya tak ya juga .Tak perasan pulak tengah berdiri .Esh apa lah kau ni Fira !
“Jemput lah duduk !” Aku sempat menoleh kearah meja family Irfan,Mummy daddy tengah berborak dengan uncle Azman ,kemain meriah. Adik aku yang dua orang entah mana hilang nya.
“ Fira masih marah kan Irfan ke? Irfan minta maaf atas apa yang berlaku dalam persahabatan kita. Irfan tak ada niat pun.” Penjelasan yang diberi Irfan Ameer cukup jelas kedengaran di telinga Fira.
“Fira tak ada sebab pun nak marah. Fira tau mesti ada sebab kenapa semua ini berlaku. Abang Syakir selalu cakap yang suatu hari nanti Fira dapat jumpa kembali kawan baik Fira dan akhir nya Fira dapat. Irfan tak perlu lah minta maaf .Bukan salah Irfan pun.” Aku menyakinkan Irfan bahawasa nya bukan salah dia apa yang berlaku. Irfan pergi dari hidup nya ada sebab dan sebabnya boleh diterima pakai.Tak ada sebab untuk aku marah atau benci dia. Irfan Ameer tak salah pun.



Raja Syafira Alisa. Tak sangka dia dapat bertemu dengannya secepat ini. Dia bukan budak kecil lagi.Dia dah besar dan semakin cantik. Tutur kata nya pula masih seperti dulu sopan walaupun ada juga kasar nya.Alhamdulilah ! Fira yang aku rindu dan sayang telah kembali dalam hidup aku.

“Irfan ! Oh Irfan !” Eh eh dia ni termenung pulak dah.
“Hah? Err sorry”
“Irfan ,berangan apa ni? Teringat awek London ke?” bicara aku sudah kembali normal.Tidak lagi malu seperti tadi.
“Esh merepek ! Irfan tak ada awek pun .Kat sana Irfan selalu teringat kat Fira. Selama 13 tahun kita tak jumpa. Irfan rasa bahagia sangat hari ini. Irfan dapat bertemu dengan Fira semula.”
Kata kata Irfan buat aku terdiam.
“Fira tak rindu kat Irfan ke ?” Soalan apa tu .Aihh segan pulak nak jawab
“Fira !!” lagi sekali Irfan Ameer memanggil Raja Syafira Alisa.
‘Tadi kemain kata aku berangan ,dia pun sama’ bisik hati kecil Irfan Ameer
“Hah?? Kenapa irfan?” terkejut aku .Dia ni lah..
“Kenapa Fira tanya? Irfan tanya ni ,Fira tak rindu Irfan ke selama 13 tahun tak jumpa” Irfan Ameer merenung Raja Syafira Alisa .Renungan yang lembut.
“Err mestilah Rin ..rindu. Irfan kawan Fira.Orang yang paling rapat dengan Fira masa kecil. Tak kan lah Fira tak rindu” Jelasku walaupun malu tapi aku tetap luahkan.

Irfan Ameer tersenyum bahagia .Entah macam mana nak diungkapkan rasa itu.Dia sangat bahagia.Thank you Fira .Thank you Allah ,kau temukan kami semula.


***

Sudah setahun berlalu. Rasa macam sekejap sahaja masa berlalu. Macam tak percaya yang Irfan Ameer sekarang sudah berada di dalam hidup aku kembali. Persahabatan aku antara dia semakin kukuh ,memang pada mula nya kami rasa sedikit janggal dan malu tetapi lama kelamaan perasaan itu sudah hilang dan kini kami kembali rapat seperti dulu. Kemana sahaja kami berdua. Kadang kadang mummy dan daddy selalu perli .Sama lah juga dengan aunty dan uncle ,kata nya kami ini dah macam belangkas. Tapi kami tak kisah pun sebab kami senang sebegini. Gembira. Itu lah perkataan yang aku dan Irfan sedang rasai.

Lagu kegemaran aku berkumandang membuat aku kembali ke alam realiti .Telefon bimbit aku berbunyi dan siapa lagi kalau bukan..

“Hello ! Fira kat mana?” Suara nya seperti cemas .Dah kenapa pula Irfan ini.
“Hey kenapa ni ? cemas semacam je. Fira ada kat cafe tengah lunch .Kejap lagi nak masuk office” jawabku tenang.
“Sorang ke?” Tanya nya lagi.
“Yes ! Sorang je .Irfan nak lunch sama ke?” Ajakku
“A’ah .Tunggu Irfan tau .lima minit Irfan sampai” tak sempat nak jawab dah di letak nya.Esh Irfan ni.Suka tau buat macam ini .Campak laut kang.


Lima Minit berlalu ~

“Hai pretty !” Irfan Ameer menyapa.
“Hai” Sejak kebelakangan ini Irfan Ameer suka sangat panggil aku macam itu .Gedik je tau.
“Irfan lapar lah .Irfan nak makan sekejap lepas tu ada benda yang Irfan nak bagitau” terang Irfan Ameer
“Alright “ Jawab ku sepatah

Irfan Ameer focus dengan makanan nya dan aku focus menghabiskan air. Makanan aku dah pun habis sebelum Irfan datang lagi.

“Hah apa yang Irfan nak bagitau sangat ni? Cemas kemain tadi.” Soalku setelah Irfan Ameer habis kan makanan nya itu.

“Oh Irfan Cuma nak bagitau..” lambat lambat sahaja perkataan yang keluar dari mulutnya itu
“Bagitau apa ? Esh Irfan ni lah .Jangan main- main”
“Irfan Ameer cuma nak bagitau yang ,Irfan Ameer rindu gila dekat Raja Syafira Alisa. Cemas tadi pun sebab dah terlalu rindu hehehe”  kata Irfan Ameer selamba .
Bengang aku mendengar nya. Ingat betul lah ada benda penting yang nak dicakapkan nya.Sabar je lah ada kawan macam ini .Nasib lah aku sayang kau Irfan!

“Irfan ni memang teringin nak kena campak dalam laut ke? Ingat kan betul lah ada benda penting nak bagitau” marahku tapi sebenarnya tak lah marah pun.Bajet je marah heheh
“Alaa janganlah marah .Irfan gurau pun tak boleh ke? Tapi rindu Fira pun penting juga” Irfan Ameer cuba meredakan kemarahan Fira .
“Dah lah .Cepat habiskan minum itu .Kejap lagi dah nak masuk office.” Kataku .Comel pula mukanya yang cuba memujuk aku
“Fira tak marah kan?”
“Tak lah .Fira tak marah pun sebenarnya heheh” kataku selamba
Irfan membulatkan mata nya.Terkejut lah konon .Dan akhirnya kami sama sama ketawa.

Ya Allah rasa bahagia sangat dengan persahabatan aku dapat sekarang ini.Berpisah dan bertemu semula. Terima kasih Allah sebab kau dah temukan kami kembali.Terima kasih mummy,daddy dan abang. Sesungguhnya aku sayang sangat dengan persahabatan ini.


           Officially by Amelia Azhari .

No comments: